SUKMA 2006, Kedah ~~The Underdog

sangkan 2012

SUKMA 2006, KEDAH merupakan sukma terakhir saya. SUKMA termanis dan terindah serta terakhir (*kerana sudah terlebih umur laaa..hekhekhek).

Kedatangan pasukan hoki wanita Sarawak ketika Sukma ke-11 waktu itu (kami la tu..) merupakan pasukan “underdog“. Saya katakan sebagai underdog kerana melihat prestasi pasukan hoki wanita dari dua sukma yang sebelumnya,dengan bertanding hanya dalam peringkat kumpulan sahaja. Selain itu, pasukan kami waktu itu tiada “star” atau pemain kebangsaan. Jadi, memang kami datang sebagai underdog. Cuma harapan di dalam hati masing-masing adalah untuk sekurang-kurangnya memasuki pusingan kedua. Tetapi, setulusnya saya akui dari perjalanan sepanjang latihan sehinggalah masa pertandingan, saya tidak meletakkan harapan yang terlampau tinggi terhadap diri sendiri, cuma berjanji untuk melakukan yang terbaik, 100% bagi kepuasan sendiri dan juga pasukan serta harapan keluarga untuk melihat sedikit kejayaan untuk dibanggakan.

Ketika itu, Sarawak berada dalam kumpulan yang terdiri daripada negeri Pahang, Perak, WP Kuala Lumpur, Kedah dan Perlis.(*kalau x silap laa…jgn marah aa kalu tersilap ni..)  Memang tough juga. Pahang masa tu ada beberapa orang pemain kebangsaan, begitu juga dengan negeri-negeri lain; masing-masing mempunyai pelatih dari sekolah sukan Bukit Jalil serta Tengku Mahkota(SSBP dahulunya). 

Sepanjang pertandingan waktu itu, perlawanan yang paling saya ingat adalah perlawanan dengan WP KL dan Pahang.  Of coz dengan WP Kuala Lumpur kiterang seri 1-1. Insiden yang menarik bagi saya, bila salah seorang pemain KL tiba-tiba rempuh saya, xtau macamana plak kejadian itu sebetulnya; yang bestnya..dia pulak yang terpelanting. A few feets laa depan saya. lalallaaa..lucu jugak. Pastu dia plak nangis, sambil tunjuk-tunjuk saya. Dalam kehairanan saya nak p ‘agak’ dia la..marah+heran juga. (*darah muda tuu..hehehe) Ntah dari mana pula datang kapten kiterang (Netty Elvis) cepat-cepat dia tarik saya..sejujurnya tidak jugak saya berniat atau terniat untuk mencederakan dia. Cuma tindakan refleks saja kot. hihihii..tapi kan…foul saya pulok! Dapat free hit jugak dia. Xpa la..tak goyah pun. Agi Idup Agi Ngelaban! 

Perlawanan dengan Pahang adalah yang terbaik, terhebat, terbest, ter segala ter…paling hot, paling legenda, paling segala paling..itu bagi saya laa…Perlawanan penentu untuk ke FINAL! Dari kolej kediaman UUM, menunggu bas untuk perjalan ke Komplek Sukan Muadzam Shah, kelewatan bas, tambah lagi dengan perjalanan untuk ke venue perlawanan adalah 1jam! Dan yang paling uniknya, kiterang berkongsi bas dengan pasukan Pahang! Unik tak? bagi saya, YA. Walaupun demikian, kerana semangat kesukanan, kiterang naiki bas tersebut dengan azam untuk melakukan yang terbaik. Advantage hari itu adalah kepada Pahang di mana mereka mempunyai satu hari rehat sebelum bertemu dengan pasukan ktrang. Ktrang plak ada perlawanan menentang Perak (*kalo x silap) pada petang hari sebelumnya. Dahla perlawanan bermula jam 9, time tu panas matahari memang tahap apa ntah..panas yang memang PANAS! Takda ampun betol. Sepanjang perjalanan dari UUM ke Kompleks Sukan Muadzam Shah, team ktrang bernyanyi (*perkara yang akan ktrang lakukan bagi membangkitkan semangat dan hilangkan rasa gugup), nasib jugak team Pahang tak kesah. Thanx Pahang! hehehe.. Sesamapi di KSMS (kompleks sukan Muadzam Shah), begitu ramai penonton memenuhi stadium. Memang mostly adalah penyokong Pahang, cuma segelintir sahaja penyokong Sarwak. Itupun adalah atlit-atlit serta pegawai yang tidak/selesai acara masing-masing.

Apabila tiup sahaja wisel pertama, hilang sudah rasa gugup. Apa yang ada di dalam dada/minda adalah untuk menyerang, menyerang dan menyerang. Hasilnya, team ktrang mendapat penalty corner pada minit-minit awal separuh masa pertama dan GOLLLLLL!!!! 1-0!! Dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat.  Saya score, bangga jugak..tapi semua pemain ktrang yang menyumbang kepada gol itu. Pemain-pemain yang TERBAIK! Ketika pc itu, hit pertama oleh Nellyana Aling berjaya dihalang oleh penjaga gol Pahang, tapi entah bagaimana pula bola itu keciciran dan saya hanya menolak masuk bola itu ke gawang gol Pahang. SWEETT! Dengan kemenangan itu, team ktrang berjaya ke FINAL dan bertemu P.Pinang. Team ktrang mengalahkan P.Pinang dengan jaringan 3 – 2. Maka, SARAWAK la juara acara hoki untuk SUKMA ke-11, Kedah 2006.  Fakta; kemenangan team ktrang menentukan kedudukan keseluruhan negeri Sarawak antara no3 atau no2. Menang=no2, kalah=no3.  Result; we won and became CHAMPION and Sarawak keseluruhannya mendapat kedudukan ke-2! double winning!!

So, di sini dengan bangga saya senaraikan pemain2, coach serta individu yang berkaitan. (*_*)Y

Coach: Sivasubramaniam Chellappah

Asst. Coach: Lisa Ludong

Manageress: Margaret Fong

  1. Pamela Tia
  2. Linda Agun
  3. Norahimi Sebahi
  4. Simba Kuyong
  5. Kumang Jamit
  6. Suzanne Majang
  7. Mashitah Syahbudin Lim
  8. Manau Enggoh
  9. Fazilla Sylvester Silin
  10. Jennifer Bulan Saoh
  11. Netty Elvis
  12. Beatrice Sawin
  13. Nellyana Aling
  14. Christina Janggui
  15. Jenny Saie
  16. Caitlin Austin Rungga
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s