Kek Lapis Sarawak-Delivery to Kuching Airport

Anda hendak ke semenanjung Malaysia. Anda sudah berada di lapangan terbang Kuching dan tidak berkesempatan untuk membeli kek Lapis sebagai ole-ole untuk rakan-rakan dan keluarga anda. Dan kalau nak beli kek Lapis kat airport tu memang mahallah. RM16.80/pkt.

Dan, katakan anda sudah berada di Airport Kuching dan sudah berada dalam departure hall akan tetapi secara tiba-tiba rakan sepejabat anda menghantar Wechat memesan untuk membeli Kek Lapis. Ha, macam mana tu?

Saya ada solutionnya.

Saya menyediakan delivery service terus ke departure hall. Caranya? Senang saja. Add saya di Facebook dan private message saya dengan menaip;

KIA kek lapis delivery (dan sertakan no hp anda)

Saya hanya menghantar kek Lapis dari Asma Cake House, kilang utamanya berada di bahagian Kota Samarahan, lebih kurang 60 minit untuk perjalanan pergi dan balik pada waktu puncak. Asma Cake House dijamin halal, dan (*disclaimer) saya tiada kaitan dengan apa-apa production atau perihal-perihal Asma Cake House. Saya hanya membuat servis penghantaran sahaja.


Kos dan syarat-syarat penghantaran

Syarat penghantaran;

  1. Minimum pembelian adalah 5 pkt (mana-mana flavor seperti dinyatakan di bawah)
  2. Membuat pesanan sekurang-kurangnya 3 JAM sebelum boarding time
  3. Waktu operasi (11am – 7pm)
  4. Pembayaran boleh dibuat ketika penyerahan

Kos;

1 Kek Lapis dijual dengan harga RM10/pkt dan charge penghantaran adalah RM3 utk setiap satu pkt. Andai kata anda membeli 5 pkt Kek Lapis maka pengiraan kos anda adalah;

(RM10/pkt x RM3/delivery charge) x 5pkt = RM65.00

MUDAH & MURAH!

“Saya boleh ja beli dari airport, buat apa nak susah2 dan bayar kamu RM2? Belum pasti kamu sempat nak hantar kepada saya.”

Fair enough. Tapi mari saya tunjukkan kenapa anda perlu perkhidmatan saya.

Melalui pemerhatian saya, harga sepeket kek Lapis di airport Kuching ialah RM16.80 (*yang paling murah!) Saya andaikan anda mahu membeli 5 pkt.

RM16.80/pkt x 5pkt = RM84.00!

Tetapi jika anda membeli melalui saya, anda jimatkan RM19. Nampak tak banyak beza bukan? Tetapi dengan RM19 anda boleh isi minyak (RON95) kereta/motosikal sebanyak 8.37liter! Bukan saja anda boleh jimat duit anda, tetapi anda hanya perlu memesan, tunggu dan bayar sahaja. Manakala saya perlu melalui kesesakan lalulintas, berpeluh-peluh dan perlu isi minyak lagi!

Maka, terpulang kepada anda. Bijak memilih, boleh berjimat!

Setakat ini, (April 2017) jenis kek Lapis yang disediakan adalah seperti di bawah;

  • Cadbury Cheese
  • Ice Cream Cheese
  • Cappuccino
  • Masam Manis
  • Oren Sunkist
  • Kismis Coklat
  • Pelangi Delight
  • Sayang Sarawak

 

Salam sayang;

Peniaga Alaf baru  ;D